Wednesday, October 22, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Photogrammetry? Apakah?

Assalamualaikum dan hello :)

Bagi memulakan entry untuk blog kami ini, terlebih dahulu perlulah saya perkenalkan dahulu apa benda yang kami nak kongsikan sebenarnya. haaa... PHOTOGRAMMETRY! dalam bahasa melayu pun tetap fotogrammetry. photogrammetry adalah salah satu kaedah pemetaan yang dijalankan oleh kebanyakan pembuat peta pada zaman sekarang. bagi bakal-bakal surveyor atau jurukur seperti kami dan mungkin anda-anda juga pasti tahu tentang pentingnya menghasilkan peta yang berkualiti. untuk mendapatkan hasil kualiti, perlulah alat dan kaedah yang berkualiti.

Fotogrammetry menggunakan kaedah foto udara dimana kawasaan akan diambil melalui udara menggunakan kapal terbang. gambar yang diambil itu kemudiannya akan diproses menggunakan software tertentu bagi membetulkan alignment gambar supaya kiraan dapat dilakukan. hal ini akan kami sentuh bagi enrty seterusnya :) hihi.

Menurut American Society for Photogrammetry and Remote Sensing, Photohgrammetry is the art, science and technology of obtaining reliable information about physical objects and environtment through process of recording, measuring and interpreting photogramphic images and pattern of recorded radiant electromegnetic energy and other phenomena.
Dalam bahasa mudahnya, fotogrametry adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu fizikal atau persekitaran melalui proses merekod, mengira dan mentafsir gambar atau corak yang diambil. melalui data-data yang diperoleh, pakar-pakar dapat megolah setiap data tersebut menjadi maklumat yang boleh digunakan oleh orang awam untuk kerja-kerja meraka.

 

contoh gambar yang diambil menggunakan foto udara

Untuk pengetahuan anda juga, photogrammetry bukan sahaja tertumpu kepada pembuatan peta sahaja, kita juga boleh menggunakan photogrammetry dalam bidang kedoktoran seperti pergigian dan pembedahan plastik. selain itu, dalam pembuatan filem dan permainan video juga ada terlibat antaranya cerita The Matrix. haaa... power tak power....

Bidang ini semamangnya menarik terutama bagi mereka yang gemarkan fotografi. ditambah lagi dengan pelbagai alat dan kamera yang serba canggih pasti dapat membuka minat anda untuk tahu lebih lagi dalam bidang ini :)

Okay, harap pengenalan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk kenal dengan lebih dekat tentang Photogrammetry. mungkin isi saya banyak salah dan silapnya, oleh itu setiap komen dan maklum balas anda-anda semua amatlah dihargai agar kita dapat sama-sama berkongsi. hihi. maaf jika ada bocor atau lubang sana sini. terima kasih kerana membaca :)

image

Salam perkenalan :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Blog ini didirikan oleh 8 orang dimana kesemuanya terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik.
Blog ini juga diadakan sebagai salah satu daripada projek berkumpulan kami bagi memenuhi kehendak silbus untuk matapelajaran Photogrammetry 2. kami yang 6 orang ini terdiri daripada..
Siti Asmidah, Syakib Azhari, Irfan Zulkafli, Eliana Salleh, Norraisha Md Sabtu, Adlina Hairuddin, Asyraf Gani dan Syafirul Azeem.

Dengan bantuan dan tunjuk ajar penyarah kami iaitu Dr Mohd Farid bin Mohd Arif serta pembantu beliau En Ahmad Razali sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam menyediakan entry atau topik-topik yang mampu membantu mereka yang inginkan pendedahan tentang photogrammetry atau remote sensing. setiap komen atau maklum balas daripada anda semua amatlah digalakkan agar blog ini akan terus bergerak dan mampu memberi ilmu untuk dikongsikan bersama.

Ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan. Oleh itu, marilah kita berkongsi ilmu bersama :)