Assalamualaikum dan hello :)
Bagi memulakan entry untuk blog kami ini, terlebih dahulu perlulah saya perkenalkan dahulu apa benda yang kami nak kongsikan sebenarnya. haaa... PHOTOGRAMMETRY! dalam bahasa melayu pun tetap fotogrammetry. photogrammetry adalah salah satu kaedah pemetaan yang dijalankan oleh kebanyakan pembuat peta pada zaman sekarang. bagi bakal-bakal surveyor atau jurukur seperti kami dan mungkin anda-anda juga pasti tahu tentang pentingnya menghasilkan peta yang berkualiti. untuk mendapatkan hasil kualiti, perlulah alat dan kaedah yang berkualiti.
Fotogrammetry menggunakan kaedah foto udara dimana kawasaan akan diambil melalui udara menggunakan kapal terbang. gambar yang diambil itu kemudiannya akan diproses menggunakan software tertentu bagi membetulkan alignment gambar supaya kiraan dapat dilakukan. hal ini akan kami sentuh bagi enrty seterusnya :) hihi.
Menurut American Society for Photogrammetry and Remote Sensing, Photohgrammetry is the art, science and technology of obtaining reliable information about physical objects and environtment through process of recording, measuring and interpreting photogramphic images and pattern of recorded radiant electromegnetic energy and other phenomena.
Dalam bahasa mudahnya, fotogrametry adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu fizikal atau persekitaran melalui proses merekod, mengira dan mentafsir gambar atau corak yang diambil. melalui data-data yang diperoleh, pakar-pakar dapat megolah setiap data tersebut menjadi maklumat yang boleh digunakan oleh orang awam untuk kerja-kerja meraka.
contoh gambar yang diambil menggunakan foto udara |
Untuk pengetahuan anda juga, photogrammetry bukan sahaja tertumpu kepada pembuatan peta sahaja, kita juga boleh menggunakan photogrammetry dalam bidang kedoktoran seperti pergigian dan pembedahan plastik. selain itu, dalam pembuatan filem dan permainan video juga ada terlibat antaranya cerita The Matrix. haaa... power tak power....
Bidang ini semamangnya menarik terutama bagi mereka yang gemarkan fotografi. ditambah lagi dengan pelbagai alat dan kamera yang serba canggih pasti dapat membuka minat anda untuk tahu lebih lagi dalam bidang ini :)
Okay, harap pengenalan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk kenal dengan lebih dekat tentang Photogrammetry. mungkin isi saya banyak salah dan silapnya, oleh itu setiap komen dan maklum balas anda-anda semua amatlah dihargai agar kita dapat sama-sama berkongsi. hihi. maaf jika ada bocor atau lubang sana sini. terima kasih kerana membaca :)
salam admin :) wah, baru saya tahu, banyak juga kegunaan photogrammetry ni. apa yg sya belajar untuk buat peta shj. rupanay buat filem pon boleh.. ada apa2 lagi kegunaan photogrammetry yg admin boleh share :)
ReplyDeletewasalam :) haha fotogrametri ni memang besar dan sangat luas bidangnya. fotogrmaetri bukan sahaja kita jumpa dalam pemetaan, malah banyak lagi aplikasi lain yang kita tak sangka ada. hebat ken. contoh aplikasi lain adalah dalam pembuatan kapa, pembuatan kapal terbang, bidang robotic, telecommunication bidang sejarah seperti archaeology juga ada menggunakan fotogrametri. terima kasih kerana membaca :)
Delete