KEBAIKAN KEKURANGAN KAMERA METRIK & KAMERA BUKAN METRIK
Hai ! Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua ! Haa. Jumpa lagi kita ya ? Mesti rindu kan dah 3 hari takdak update terbaru ? Haha. Okay, hari ini kami nak kongsikan untuk sahabat-sahabat yang baru nak berjinak dengan bidang fotogrammetri ini. Mungkin ramai yang dah tau, tapi takpa, nak kongsikan jugak . Layan~
Kita tahu semua jenis kamera ini penting untuk digunakan untuk mendapatkan imej bagi kegunaan kerja-kerja fotogrametri jarak dekat. Kamera bukan metrik adalah kamera yang bukan direkabentuk khas untuk tujuan fotogrammetri. Okay, tak perlu cakap panjang-panjang, jom kita gerak ke tujuan utama entry kali ini.
Kamera metrik :
i) Bingkai kamera kanta tunggal
ii) Kualiti geometri gambar yang terbaik
iii) Kanta ini diadakan relatif tetap kepada satah fokus
iv) Dikelaskan mengikut sudut pandangan
Kekurangan :
i) Harga yang mahal
Kamera bukan metrik :
Kelebihan
i) Mudah didapati di pasaran
ii) Jarak fokus yang boleh dilaraskan secara automatik
iii) Mempunyai pacuan motor untuk mendapatkan gambar yang berkualiti
iv) Boleh dipegang menggunakan tangan serta mudah dihalakan kemana-mana sasaran
v) Harga yang lebih murah berbanding kamera metrik
Kekurangan :
i) Herotan kanta yang besar - rekabentuk kanta untuk mendapatkan resolusi tinggi
ii) Orientasi dalaman yang tidak stabil
iii) Ketiadaan tanda fidusial
iv) Ketiadaan gelembung aras untuk mendapatkan orientasi luaran sebelum gambar diambil
v) Kualiti kanta yang kurang baik
Okaayy. Dah sampai ke penghujung entry dahh. Diharap dengan perkongsian serba sedikit tentang kamera metrik dan kamera bukan metrik dapat tambah sedikit ilmu pengetahuan kawan-kawan ya. Sekian, terima kasihhhh! (ala-ala alleycat cakap) haha.
P/s : Silakan komen di ruangan komen untuk penambahbaikan ataupun soalan :)