Asaalamualaikum, untuk entry kali ini, admin akan kongsikan tentang sistem-sistem dalam kamera digital yang digunakan dalam foto udara :)
Seperti yang telah diberitahu dalam entry sebelum ini, imej digital boleh didapati dalam 2 bentuk kaedah iaitu daripada sistem analog - kamera dengan filem dan scanner untuk mendigitalkan maklumat yang disimpan di dalam imej, dan sistem digital - linear sensor array mampu menyimpan data digital secara terus semasa penerbangan.
Sistem Digital |
Sistem Analog |
Dengan tmenggunakan kaeah Pushbroom Scanner System (linear array sensor camera) mampu untuk memperoleh data melalui kaedah pengimbasan permukaan dengan menggunakan linear sensor yang dipasangkan secara melintang pada arah kapal terbang (flight direction). sistem ini menpunyai sekurang -kurangnya 3 sensor iaitu yang menghadap ke depan, menegak (vertical), dan yang menghadap ke belakang. dengan ini, kita akan dapat mengambil 3 imej yang meliputi(cover) antara setiap imej. oleh itu, dapatlah kita tentukan dimensinya. tambahan lagi, ianya juga membolehkan kita untuk mendapatkan imej multispectral dengan resolusi yang rendah atau imej panchromatic. untuk menentukan posisi kamera dan sudut ketika gambar ditangkap, kita boleh menggunakan GPS/IMU integrated system.
Pushbroom scanner system |
Imej Panchromatic |
Imej Multispectral |
Area Aerial System melibatkan pengambilan imej tunggal atau beberapa imej dalam kawasan yang sama dengan resolusi sederhana yang digabungkan daripada imej keseluruhan yang lebih besar dalam kawasan yang sama. format imej adalah sama seperti imej yang diambil dengan kamera filem aerial dan ianya tidak semestinya sentiasa berbentuk segi empat tepat. dalam menggunakan camera ini, tidak mengapa jika kita tidak menggunakan sistem GPS/IMU tetapi untuk beberapa kes lain, ianya diperlukan.
Pemilihan dalam menggunakan kamera digital memerlukan kita untuk menitik beratkan ground sample distance (GSD) atau resolusi di lapangan dan tidak bergantung pada skala. ketinggian penerbangan (flight height), focal distance dan size pixel yang tertentu untuk sensor CCD adalah parameter yang digunakan untuk proses pengiraan dalam perancangan penerbangan. Digital Mapping Camera (DMC) digunakan untuk menangkap imej sisi dan depan yang saling meliputi untuk mendapatkan kesan stereoscopic (stereoscopic effect) yang dilihat sama seperti menggunakan kamera film-based. dalam kes kamera filem, apabila perancangan penerbangan dilakukan, kemungkinan berlaku situasi dimana imej yang ditangkap meliputi kawasan yang besar, antara 80-90%. untuk mendapatkan ortho-photos, terutama di kawasan bandar, ramai yang mensyorkan untuk meliputi(coverage) kawasan tersebut dengan peratusan yang lebih tinggi.

full credit : Aspect regarding digital cameras used in Aerial photogrammetry
Universitatea "Transilvania"
No comments:
Post a Comment